Hari Terbuka PI1M Gelang Patah, Hari Perasmian PI1M Sayong Pinang, Hari Terbuka PI1M Sri Jaya

7 & 15 & 16 Julai 2017 | Jumaat & Sabtu & Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Gelang Patah, Taman Sayong Pinang, Sri Jaya

Tujuan:
Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat Klik Dengan Bijak yang akan dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Dengan adanya program Hari Terbuka ini, masyarakat setempat diberi peluang untuk mendaftar menjadi ahli PI1M secara percuma. Selain daripada itu, melalui pertandingan berkaitan ICT komuniti juga dapat memperkenalkan fungsi sebenar serta kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan seharian secara positif.

Kelebihan:
1. Mendidik pengunjung tentang pengguna jalur lebar dan ICT.
2. Menaik taraf komuniti dengan pengguna jalur lebar.
3. Memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan pengguna jalur lebar dan ICT.
4. Merapatkan hubungan pihak pembekal perkhidmatan dengan masyarakat tempatan.
5. Memberi pendedahan dan peluang kepada peniaga-peniaga di sekitar penduduk kampung memperkenalkan produk dan perniagaan mereka.
6. Memperkenalkan PI1M dan merapatkan lagi hubungan antara PI1M , Penghulu Mukim Pulai/Jelutong dan penduduk setempat.

Penglibatan:
Pengunjung Program.

Nama VIP:
1. YB Dato’ Zaini (Adun Nusajaya).
2. YB Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba.
3. En. Zainudin Bin Ahmad (Penghulu Mukim Pulai/Jelutong).
4. En. Hariyaf (Ketua Kampung Melayu).
5. Tn Haji Ali Bin Sarno (Ketua Kampung Arang).
6. Tn Haji Ambiya (Ketua Kampung Bukit Tempurung).
7. En Nin Bin Adanan (Ketua Kampung Wawasan).
8. Pn Kamariah (Ketua Wanita Gelang Patah).
9. Insp Polley Bin Abdullah (Ketua Balai Polis Gelang Patah).

Perlaksanaan aktiviti:
- PERSIAPAN TEMPAT OLEH PIHAK STAFF PI1M.
- PENDAFTARAN PELAJAR TADIKA UNTUK PERTANDINGAN MEWARNA.
- PERTANDINGAN MEWARNA & DEWASA DIMULAKAN.
- KLIK DENGAN BIJAK OLEH STAFF PI1M KEPADA PENGUNJUNG.

Aktiviti Sokongan:
Klik dengan bijak dan cabutan bertuah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:









Kembali ke halaman utama