Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pekan Nenas di daerah Pontian terletak 43 kilometer dari pusat bandar Johor Bharu, Johor. Terdapat beberapa kemajuan dari segi infrastruktur yang terdapat di Pekan Nenas. Antaranya ialah jalan raya yang baik. Terdapat juga pasar minggu yang menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan seharian yang dijual pada harga yang berpatutan.
Pembangunan Pekan Nenas selari dengan arus globalisasi. Banyak kilang-kilang didirikan di Pekan Nenas bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara kilang yang didirikan ialah Shimano, Mastersofa, kilang memproses dan mengetin nenas dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tanaman kontan dan komersial yang ditanam di Pekan Nenas. Antaranya ialah Nenas, Kopi, Koko, Pisang dan Keladi.
Di Pekan Nenas juga terdapat pusat pelancongan iaitu Air Terjun Gunung Pulai yang mana amat terkenal di negeri Johor kerana kejernihan dan pemandangan yang indah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM KEUSAHAWANAN : REVOLUSI KEUSAHAWAN “PENDAFTARAN TIKTOK SHOP & AFFILIATE” & ASAS LIVE TIKTOK.
Aktiviti Terkini | 15 September 2024Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada komuniti akan kaedah baru dalam dunia perniagaan dan pemasaran yang menggunakan platform TikTok.........................baca selanjutnya
KELAS CELIK ICT : PEMBELAJARAN PENGEDITAN POSTER
Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2024Kelas dan aktiviti ini pernah dilaksanakan bersama komuniti bagi pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran. ........................baca selanjutnya
KELAS CELIK ICT : PEMBELAJARAN LUKISAN DIGITAL (MICROSOFT PAINT)
Aktiviti Terkini | 10 Julai 2024Kelas dan aktiviti ini pernah dilaksanakan bersama komuniti bagi pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran........................baca selanjutnya
KELAS CELIK ICT : PEMBELAJARAN MEMBINA RESUME INFOGRAFIK
Aktiviti Terkini | 4 Jun 2024Pembelajaran ini adalah bertujuan memberikan kefahaman dan kemahiran dalam membina Resume Infografik yang menarik, memberikan impak baik, dan maklumat yang tepat perlu di isi oleh komuniti yang mempelajarinya.......................baca selanjutnya
KELAS E-LEARNING: PEMBELAJARAN MENGENAL HURUF
Aktiviti Terkini | 17 Mei 2024Dalam kelas ini, komuniti diberikan pembelajaran untuk mengenal huruf dengan cara yang mudah dan menarik. Petugas menyediakan satu platform berbentuk e-learning yang boleh dipelajari dan difahami dengan mudah. Tujuan utama dalam aktiviti adalah komuniti dapat mengenal huruf dengan mudah dan berminat.. .....................baca selanjutnya
KELAS CELIK ICT : BINA SAMPUL DUIT RAYA DENGAN CANVA
Aktiviti Terkini | 19 April 2024Memberi pendedahan dan memupuk kreativiti kepada peserta dalam membina sampul duti raya kreatif dan menarik dengan mengggunakan platform Canva. .....................baca selanjutnya
KELAS CELIK ICT : PENGENALAN LABTOP (KOMPUTER RIBA)
Aktiviti Terkini | 5 Mac 2024Memberikan pendedahan dan pengenal awal akan fungsi dan cara penggunaan Laptop (Komputer Riba) kepada ahli NaDi yang hadir.....................baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA KOMUNITI: PENDAFTARAN PADU ANJURAN PENGHULU MUKIM PENGKALAN RAJA PEKAN NANAS.
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2023Pemakluman Sistem PADU...................baca selanjutnya
KELAS KEUSAHAWANAN : KELAS “TIKTOK AFFILIAT & ASAS PHOTOGRAFI”
Aktiviti Terkini | 21 Februari 2024Sesi perkongsian bersama komuniti akan cara menjana pendapatan dengan aplikasi TikTok di Affiliata TikTok....................baca selanjutnya
AKTIVITI KEUSAHAWANAN: HEBAHAN PROGRAM TIPS PEMASARAN DIGITAL
Aktiviti Terkini | 17 & 18 Januari 2023Sesi perkongsian bersama komuniti usahawan akan program dan kelas keusahawanan digital...................baca selanjutnya
KELAS CELIK ICT: PEMBELAJARAN WHATSAPP WEB & PERTUKARAN FORMATE FILE.
Aktiviti Terkini | 6 Januari 2024Sesi pembelajaran penggunaan aplikasi Whatsapp Web dan pertukara format file tertentu...................baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya