Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pekan Nenas di daerah Pontian terletak 43 kilometer dari pusat bandar Johor Bharu, Johor. Terdapat beberapa kemajuan dari segi infrastruktur yang terdapat di Pekan Nenas. Antaranya ialah jalan raya yang baik. Terdapat juga pasar minggu yang menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan seharian yang dijual pada harga yang berpatutan.

Pembangunan Pekan Nenas selari dengan arus globalisasi. Banyak kilang-kilang didirikan di Pekan Nenas bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara kilang yang didirikan ialah Shimano, Mastersofa, kilang memproses dan mengetin nenas dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tanaman kontan dan komersial yang ditanam di Pekan Nenas. Antaranya ialah Nenas, Kopi, Koko, Pisang dan Keladi.

Di Pekan Nenas juga terdapat pusat pelancongan iaitu Air Terjun Gunung Pulai yang mana amat terkenal di negeri Johor kerana kejernihan dan pemandangan yang indah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PEKAN NANAS DAN SEMINAR KESELAMATAN INTERNET DARIPADA CMCF

16 Disember 2016| Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim dalam kalangan masyarakat sekitar dan memperkenalkan PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PEKAN NANAS kepada warga sekitar... baca selanjutnya

JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN DAN TAKLIMAT SEMPENA HARI RAKAN STRATEGIK PERINGKAT SK PEKAN NANAS 2016

13 November 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dianjurkan oleh SK PEKAN NANAS bertujuan memperkenalkan rakan strategik SK Pekan Nanas kepada ibu bapa dan orang awam... baca selanjutnya

Bengkel Kawal Selia Kendiri & Keselamatan Internet

31 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dianjurkan oleh COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA CONTENT FORUM OF MALAYSIA(CMCF) bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai cara untuk kawal selia kendiri dan keselamatan internet... baca selanjutnya

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti Terkini | 25 & 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC... baca selanjutnya

Gotong-royong Merdeka Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Nanas

10 September 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat patriotik dalam kalangan ahli-ahli PI1M dan penduduk setempat... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya

Jemputan Majlis Marhaban Hari Raya Anjuran Kumpulan Yassin Perempuan Masjid Jamek Pekan Nanas

14 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara petugas PI1M dengan warga masjid Pekan Nanas dan sekitarnya... baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

18 Julai 2016 | Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’... read more

Majlis Karisma Ramadan & Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Datuk Wee Jeck Seng

26 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara petugas PI1M dengan VVIP di kawasan yang berhampiran dan orang ramai... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Jemputan Untuk Mengadakan Pameran Sempena Karnival Jubli Emas SMK Pekan Nanas 2016

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2016

Tujuan Utama: Mengadakan pameran untuk memperkenalkan PI1M kepada warga SMK Pekan Nanas dan orang ramai... baca selanjutnya

Majlis Doa Selamat di Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Nanas

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2016

Tujuan Utama: Merakamkan rasa kesyukuran pada Tuhan atas pembukaan Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Nanas. Kebaikan : • Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli-ahli PI1M. baca selanjutnya

Pertandingan Indoor Games Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Nanas

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2016

Tujuan Utama: Memupuk murid berfikir secara kreatif dan meningkatkan penggunaan pancaindera. Kebaikan : • Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitivity kanak-kanak terhadap sekelilingnya... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Masa | Berita Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Pekan Nanas ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Nanas seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya