INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Dun Pekan Nanas meliputi kawasan seluas 62.9 KM (dikemaskini pada 4/11/2015). Aktiviti masyarakat pertanian, bekerja di sektor industri , swasta dan awam. Kawasan ini merupakan kawasan industri, Kilang Shimano Pekan Nanas, Pontian merupakan salah satu kilang yang terdapat di sini. Terdapat Muzium Nanas yang menjadi tumpuan para pelancong sama ada dalam atau luar negara.
Antara kemudahan yang disediakan adalah Klinik Kesihatan, Pejabat Pos Malaysia, Balai Bomba, Balai Polis, Maybank, BSN, Public Bank dan CIMB Bank. Tidak dilupakan Pejabat Majlis Daerah Pontian Cawangan Pekan Nanas yang member kemudahan kepada penduduk setempat untuk pembayaran cukai. Kemudahan-kemudahan infrastruktur dan prasarana yang disediakan telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat.


Kawasan Parlimen: Tanjung Piai

Nama Ahli Parlimen: YB Datuk Wee Jeck Seng

Kawasan Dewan Undangan Negeri : Pekan Nanas

Nama YB Adun: En. Yeo Tong Seong

Daerah/ Bahagian: Pontian

Nama Pegawai Daerah: Tuan Hj Onn bin Jabar

Nama Pengerusi Kawasan: Wong Kim Liong

Setiausaha: Tey Ying Jee

Tel. Pej. Pusat Khidmat: 07-6997189

Nama Taman Perumahan: Antaranya, Taman Utama, Taman Hidayat, Taman Sri Sentosa dll.

Aktiviti Ekonomi Utama: Pertanian (Tanaman Nanas)

Rekreasi Dan Pelancongan

Hutan Lipur Gunung Pulai, Johor

Gunung Pulai yang mempunyai ketinggian 2147 kaki ini terletak dalam Daerah Pontian, Johor.

Gunung Pulai merupakan sebuah gunung yang tiada trek hutan untuk ke puncaknya. 

 Di puncak gunung tersebut terdapat Menara Pemancar Telekomunikasi yang dikawal ketat oleh angkatan tentera Malaysia. Memandangkan terdapatnya alat pemancar telekomunikasi dan penyiaran diatas gunung tersebut  maka sebatang jalan berturap yang agak sempit disediakan untuk ke puncak gunung tersebut. Oleh yang demikian untuk mendaki Gunung Pulai pengunjung hanya perlu mengikut jalan yang disediakan itu dan tidak perlu bersusah payah menebas semak dan samun. Terdapat dua jalan untuk pergi ke Gunung Pulai. Anda boleh melalui pesimpangan berhampiran Tol Kulai atau anda juga boleh melalui Pekan Nenas ,Pontian.

Di Hutan Lipur Gunung Pulai ini terdapat 4 tingkat air terjun.

 Air tejun yang ketiga adalah air terjun yang paling tinggi iaitu setinggi lebih 150 kaki. Untuk ke puncak gunung, pendaki boleh meletakkan kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan di pertengahan gunung tersebut berhampiran air terjun.

Dari sini pendaki boleh mendaki melalui jalan tar ke puncak sejauh 3 km yang mengambil masa antara 1 setengah jam hingga 2 jam.

Anda akan sampai di satu kawasan viewpoint pada aras 1800 kaki. Jika cuaca baik pada masa tersebut, anda akan dapat melihat Selat Melaka dan Pulau Pisang berhampiran Bandar Pontian Kecil. Pendaki tidak dibenarkan masuk di puncak sebenar kerana di kawal oleh tentera.

Ingin menikmati suasana Kampung!!!!

Ingin mencari tempat yang nyaman, tenang dan mendamaikan!!!!

SAUJANA HOMESTAY @ KG. AYER PUTIH, PEKAN NENAS...


HOMESTAY berkembar yang sangat sesuai untuk persinggahan tetamu bagi tujuan percutian dan undangan perkahwinan. Terletak dalam suasana kampung yang damai dan dikelilingi dusun buah-buahan pulasan, rambutan, langsat, durian dll berhampiran gunung Pulai dan kem dayang....
Sesuai menjalankan aktiviti outdoor...seperti berbasikal...
berdekatan dengan air terjun gunung pulai 2...hanya 3 kilometer...
Homestay berkembar dilengkapi;-

- 3 bilik tidur setiap unit
- 2 bilik tidur dilengakpi 2 katil bujang serta kipas siling
- 1 bilik tidur dilengkapi katil kelamin serta kipas siling.
- 2 bilik air dan tandas
- setiap unit dilengkapi dengan perabot sepenuhnya seperti TV, Peti Sejuk, Meja Makan, Almari Baju dan Kabinet Dapur
- Ada pintu penghubung antara unit jika menyewa 2 unit serentak
- setiap unit dilengkapi Sistem Penggera Keselamatan.
- mempunyai tempat letak kereta yang luas dan boleh menempatkan lebih
10 buah kereta.


LOKASI : Kampung Air Puteh, Pekan Nenas, Pontian, Johor

- 4km dari Pekan Nenas
- 20 minit dari Tol Kulaijaya
- 30 minit ke UTM Skudai
- 30 minit dari LEGOLAND
- 45 minit dari Johor Bahru


KADAR SEWA :

- 1 unit RM200.00 satu malam
- 2 unit serentak kadar sewa boleh dirunding
- Deposit RM50.00 satu unit (wang tidak dikembalikan)


SEKIRANYA BERMINAT sila hubungi ;

- Suhaimy (013-7152992)
- Mazanah (019-7812992)
- Zainul (013-2987838)


layari facebook kami di
https://www.facebook.com/pages/Homestay-pekan-NENAS/316386541876624

SAUJANA HOMESTAY,
PEKAN NENAS,
PONTIAN Address,
Homestay in Pekan Nanas,
Johor, Malaysia


Contact Details

Tel No : 013-7152992
H/P No : 013-7152992
Rate / Night* : RM 200


Address :

kg. Ayer Putih, 81500 Pekan Nenas, Pontian Johor
81500, Pekan Nenas
Johor


Kemudahan Awam

-Tiada Maklumat-

Pendidikan

-Tiada Maklumat-

Kisah Kejayaan

Latar belakang

En. Razzalei telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sejak tahun 2013 (4 tahun). Pada permulaan beliau hanya memproses sos cili di rumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Tidak pandai menggunakan ICT dengan baik. Tiada tempat untuk menggunakan ICT di kawasan berdekatan. Tiada peminjaman Netbook untuk kegunaan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah kewujudan PEDi memudahkan beliau untuk mencari maklumat berkaitan produk seperti cara membuat peminjaman, cara mendapatkan pensijilan halal, boleh menggunakan ICT untuk membuat laporan perniagaan, boleh menggunakan perkhidmatan PEDi seperti printing, fotostad, editing dan lain-lain lagi

Apa yang dipelajari melalui PEDi

- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Melayari internet untuk mendapatkan maklumat
- Etc

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI1M membantu mempromosikan produk
- Memberi peminjaman Netbook


ANTARA PRODUK YANG ADA:

1. SOS CILI 340gram dalam botol kaca – RM2.80
2. SOS CILI 2 kg dalam botol plastik- RM8.00
3. SOS CILI 4.5 kg dalam botol plastic- RM14.50



Latar belakang

Mohd Sahrul merupakan pelajar SMK Pekan Nanas yang akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun depan. PI1M banyak membantu dari segi ilmu-ilmu ICT kepada beliau yang mana beliau tidak perolehi di sekolahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tidak pandai menggunakan ICT dengan baik. Tiada Netbook untuk mempelajari ilmu-ilmu ICT. Tidak mengetahui menggunakan Microsoft Word, Excel,Publisher dan Power Point.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Ilmu ICT banyak yang beliau telah mahir, seperti pandai menggunakan Microsoft word, Publisher, Power Point dan eLearning English.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

- Mempelajari Ms. Office bagi kerja-kerja menaip, tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah.
- Melayari internet untuk mendapatkan maklumat
- Etc

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI1M membantu dari segi peningkatan ilmu ICT seperti Microsoft word, Excel, Publisher

- Memberi peminjaman Netbook

- Membantu dalam menyiapkan tugasan-tugasan sekolah.

- Membantu dalam mencari maklumat.



Latar belakang

Memulakan perkhidmatan pa system secara kecil-kecilan sejak dari Tahun 2012. Bermula hanya sebagai dj bersama rakan pa system Yang lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mendapat pencerahan berkaitan ict, kesukaran yang
Dialami, saya hanya menggunakan cd player sahaja untuk memutarkan lagu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan adanya bantuan dan pemberian netbook dari pi1m, pastinya akan memudahkan kerja saya sebagai seorang dj yang sentiasa memutarkan lagu.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

saya diberi peluang mempelajari kaedah yang lebih baik dalam menggunakan media player dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas di pi1m.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- Bantuan pinjaman netbook dari PEDi telah membantu melancarkan kerja saya sebagai seorang dj.

Keusahawanan

RASARIA CAFÉ


LOKASI:
TAMAN UTAMA, PEKAN NANAS

WAKTU PERNIAGAAN:
11.00 A.M – 9.00 P.M

MENU POPULAR:
WESTERN DAN TRADISIONAL

Kedai ini memiliki cawangan di Benut, Pontian dan Pekan Nanas. Menjadi tumpuan ramai kerana layanan yang memuaskan, menu yang menarik seperti Bakso, ice-blanded dan pelbagai lagi. Tempatnya juga esklusif dan mempunyai kemudahan WIFI. Pengunjung kebanyakannya remaja dan orang dewasa.



SIMPANG CENDOL KG MELAYU RAYA, PEKAN NANAS.


LOKASI:
KG MELAYU RAYA, PEKAN NANAS

WAKTU PERNIAGAAN:
PAGI HINGGA PETANG

MENU POPULAR:
CENDOL PULUT
CENDOL KACANG MERAH
CENDOL BIASA
DAN LAIN-LAIN

Kedai ini dimiliki oleh Anak Jati Kampung Melayu Raya iaitu “CIK LIAS”. Menjadi tarikan pengunjung yang datang dari Kulai ke Pekan Nanas. Berdekatan dengan tempat rekreasi Gunung Pulai dan Homestay Lata Sri Pulai.

Bagaimana ke sini?
Lebih kurang 15 km dari highway exit Kulai dan terletak di Simpang Kg Melayu Raya, Pekan Nanas.



ALFALAH FOOD INDUSTRY SDN. BHD
KILANG MAKANAN RINGAN
LOT 2303,NO 1 BATU 28 JLN JOHOR PEKAN NANAS
Profil Usahawan:
Nama pemilik Puan Siti Hadijah bt Soeb
Produk :
Kerepek Ubi pelbagai perisa
Maruku pelbagai perisa
Boleh hubungi: 07-6996799
www.facebook.com/alfalahfoodindustry
alfalahfood@yahoo.com
Alamat : No 4 Jalan Rizab 1 Kampung Melayu Raya 81500 Pekan Nanas




Profile usahawan :
Pemilik Puan Hjh Renee dan Hj Dawam
Mula beroperasi pada tahun 2014. Keluasan kawasan Lata Sri Pulai ialah 7 ekar. Terdapat dua banglo; satu rumah banglo setingkat 3+1 bilik, 3 bilik air, rumah kedua ialah rumah kayu tradisional;3 bilik 2 bilik air.
Sewa RM3600.00 sehari + 10% public holiday
Tarikan:

  1. Rumah kayu limas yang jarang ditemui
  2. Taman yang menghijau
  3. Kolam ikan tilapia yang besar
  4. Swimming pool

Boleh hubungi; 019-3282881
www.facebook.com/lataseripulai