Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pekan Nenas di daerah Pontian terletak 43 kilometer dari pusat bandar Johor Bharu, Johor. Terdapat beberapa kemajuan dari segi infrastruktur yang terdapat di Pekan Nenas. Antaranya ialah jalan raya yang baik. Terdapat juga pasar minggu yang menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan seharian yang dijual pada harga yang berpatutan.

Pembangunan Pekan Nenas selari dengan arus globalisasi. Banyak kilang-kilang didirikan di Pekan Nenas bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara kilang yang didirikan ialah Shimano, Mastersofa, kilang memproses dan mengetin nenas dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tanaman kontan dan komersial yang ditanam di Pekan Nenas. Antaranya ialah Nenas, Kopi, Koko, Pisang dan Keladi.

Di Pekan Nenas juga terdapat pusat pelancongan iaitu Air Terjun Gunung Pulai yang mana amat terkenal di negeri Johor kerana kejernihan dan pemandangan yang indah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan Dekorasi Gubahan Buah Nanas Sempena Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2017

Para peserta dekorasi gubahan nanas terdiri daripada orang awam & dewasa. Pemilihan para pemenang dekorasi dan gubahan tersebut adalah berdasarkan kreativiti setiap peserta & menepati masa yang diberikan... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Pekan Nanas

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dan fungsinya kepada masyarakat sekitar Pekan Nanas yang masih belum sedar akan kewujudan PI1M... baca selanjutnya

Boothcamp eRezeki eUsahawan #YOUCANDUIT2017

Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2017

Tujuan wakil PI1M menyertai program ini adalah untuk mengetahui ilmu berkaitan eRezeki eUsahawan dengan lebih mendalam agar dapat berkongsi ilmu dengan para usahawan PI1M Pekan Nanas... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Desa Paya Mengkuang

Aktiviti Terkini | 23 September 2017

Hari Terbuka yang dijalankan ini mendapat kerjasama dan sokongan dari KRT Desa Paya Mengkuang, Masjid Jamek Al-Irsyad dan Balai Polis Tanjung Kupang... baca selanjutnya

Program Digi-Petrosains Robotic Program 2017(Qualifying Round)

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2017

Enam buah sekolah terpilih bertanding untuk menjadi wakil negeri Johor ke Pertandingan Robotik antara negeri... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Gelang Patah, Hari Perasmian PI1M Sayong Pinang, Hari Terbuka PI1M Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 7 & 15 & 16 Julai 2017

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat... baca selanjutnya

Program Jalinan Ukhuwah Ramadhan

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Program ini untuk merapatkan hubungan PI1M dengan Persatuan NGO, Korporat dan penduduk setempat dan menambah nilai ilmu berkaitan kesedaran penggunaan ICT dan perbankan online secara bijak kepada orang ramai... baca selanjutnya

PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Program PI1M Pekan Nanas Bersama Tadika Al-Baqdadi(Kesedaran ICT Dalam Kalangan Kanak-Kanak)(Klik Dengan Bijak)

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2017

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran penggunaan ICT dalam kalangan murid-murid sekolah tadika... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet(Klik Dengan Bijak) & Kesedaran Antidadah

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya

Lawatan Media Realtions & Strategy Department(MRSD) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM)

Aktiviti Terkini | 27 April 2017

Program ini merupakan lawatan daripada MRSD dan SKMM ke PI1M Pekan Nanas kerana PI1M Pekan Nanas terpilih antara PI1M yang aktif di bawah seliaan DIGI... baca selanjutnya

Penyalahgunaan Dadah & Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 14 April 2017

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat, ibu bapa, pelajar dan juga staff Pi1m yang terlibat. Pendidikan berkaitan penyalahgunaan dadah juga adalah sebagai salah satu langkah untuk mendidik anak bangsa yang kian membesar untuk lebih terdedah dengan pengetahuan berkaitan program tersebut... baca selanjutnya

Gotong-Royong Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2017

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada para remaja betapa pentingnya untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar mereka... baca selanjutnya

Jemputan Lawatan Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas ke PI1M Pekan Nanas

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2017

Program ini bertujuan untuk mendedahkan ilmu ICT kepada murid-murid dan cara penggunaan internet dengan bijak(Klik dengan Bijak)... baca selanjutnya

PERTANDINGAN EDUCATION GAMES ONLINE

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2017

Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar sekolah dan meningkatkan IQ dan EQ mereka... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Masa | Berita Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Pekan Nanas ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Nanas seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya