Hari Terbuka PI1M Desa Paya Mengkuang

23 September 2017 | Sabtu
8.30 pagi - 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Desa Mengkuang, Johor

Tujuan:
1. Merapatkan hubungan antara PI1M dengan masyarakat setempat.
2. Memberi pendedahan kepada penduduk tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di PI1M.
3. Mendidik pengunjung tentang penggunaan jalur lebar serta memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet kepada pengunjung.
4. Memberi pendedahan dan peluang kepada peniaga-peniaga sekitar PI1M untuk memperkenalkan dan memperluaskan pasaran produk mereka.

Kelebihan:
 Lebih ramai pengunjung terdedah dengan kepentingan PI1M dalam membantu ekonomi dan pendidikan masyarakat.
 Promosi produk Digi serta usahawan tempatan dapat dimeriahkan dengan adanya program-program yang dilaksanakan bersama komuniti.

Penglibatan:
Penduduk setempat.
• Pi1m Gelang Patah.
• PI1M Pekan Nanas.

Perlaksanaan aktiviti:
Hari Terbuka yang dijalankan ini mendapat kerjasama dan sokongan dari KRT Desa Paya Mengkuang, Masjid Jamek Al-Irsyad dan Balai Polis Tanjung Kupang. Ia telah mengeratkan lagi hubungan antara staf PI1M bersama komuniti tempatan. Selain itu, ia menjadi medium untuk mempromosi perkhidmatan PI1M dalam membantu pendidikan dan ekonomi masyarakat. Ia juga menjadi medium bagi memperkenal Digi sebagai satu saluran telekomunikasi utama yang ada di Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Pertandingan Taip Pantas, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Sukaneka ICT, Taklimat Keselamatan Internet, Kuiz Klik Dengan Bijak dan Cabutan Bertuah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:











Kembali ke halaman utama