Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pekan Nenas di daerah Pontian terletak 43 kilometer dari pusat bandar Johor Bharu, Johor. Terdapat beberapa kemajuan dari segi infrastruktur yang terdapat di Pekan Nenas. Antaranya ialah jalan raya yang baik. Terdapat juga pasar minggu yang menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan seharian yang dijual pada harga yang berpatutan.

Pembangunan Pekan Nenas selari dengan arus globalisasi. Banyak kilang-kilang didirikan di Pekan Nenas bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara kilang yang didirikan ialah Shimano, Mastersofa, kilang memproses dan mengetin nenas dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tanaman kontan dan komersial yang ditanam di Pekan Nenas. Antaranya ialah Nenas, Kopi, Koko, Pisang dan Keladi.

Di Pekan Nenas juga terdapat pusat pelancongan iaitu Air Terjun Gunung Pulai yang mana amat terkenal di negeri Johor kerana kejernihan dan pemandangan yang indah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


‘KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA KOMUNITI’

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2019

Program Klik Dengan Bijak adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memberi kefahaman tentang penggunaan internet....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI SMK BANDAR TENGGARA

Aktiviti Terkini | 1 Disember 2019

Program Klik Dengan Bijak adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memberi kefahaman tentang penggunaan komputer atau penggunaan di laman sosial dengan betul....baca selanjutnya

‘KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR MATRIKULASI PONTIAN’

Aktiviti Terkini | 21 November 2019

Program Klik Dengan Bijak adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memberi kefahaman tentang penggunaan komputer atau penggunaan di laman sosial dengan betul dalam kalangan para pelajar.....baca selanjutnya

‘OPEN DAY GELANG PATAH’

Aktiviti Terkini | 3 November 2019

Pusat Internet semakin dikenali oleh warga tempatan dan dapat menambahkan ahli PI....baca selanjutnya

‘OPEN DAY SRI JAYA’<

Aktiviti Terkini | 2 November 2019

Pusat Internet semakin dikenali oleh warga tempatan dan dapat menambahkan ahli PI....baca selanjutnya

‘USAHAWAN BERSAMA PUSAT INTERNET’

Aktiviti Terkini | 6 Oktober 2019

Tujuan program diadakan untuk membantu masyarakat dalam perniagaan agar dapat menjadi usahawan yang berilmu dari segi pembuatan produk dan mempromosikan produk selain itu dapat menyebarkan maklumat berkaitan MYTV Freeview....baca selanjutnya

TAKLIMAT :(JOHOR) PROGRAM SUKARELAWAN ICT MALAYSIA (MIV) ASO 2019

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2019

Tujuan program adalah memupuk semangat sukarelawan peserta dalam mempromosikan peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital yang telah bermula di peringkat wilayah selatan pada 30 September 2019....baca selanjutnya

‘USAHAWAN BERSAMA PUSAT INTERNET’

Aktiviti Terkini | 6 September2019

Tujuan program diadakan untuk membantu masyarakat dalam perniagaan agar dapat menjadi usahawan yang berilmu dari segi pembuatan produk dan mempromosikan produk selain itu dapat menyebarkan maklumat berkaitan MYTV Freeview...baca selanjutnya

‘MYTV FREEVIEW BERSAMA KOMUNITI’

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat setempat dan mempromosikan Mytvfreeview kepada komuniti Pekan Nanas...baca selanjutnya

‘FIT MASJID PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019’

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2019

Fit Masjid adalah bertujuan untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama masyarakat serta dapat melakukan pelbagai aktiviti agar dapat merapatkan lagi hubungan bersama komuniti setempat....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Rambah yang ditaja oleh pihak Adabi dan diserikan dengan demo masakan oleh Chef Selebriti terkenal Chef Irwan. Turut diadakan pertandingan memasak dan persembahan-persembahan menarik oleh pelajar-pelajar SK Rambah, Pontian....baca selanjutnya

Ukhuwah Ramadhan

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Dapat menolong meringakan beban asnaf-asnaf dan meraikan mereka dengan mengadakan jamuan berbuka puasa bersama sempena bulan Ramadan ini... baca selanjutnya

Program Gotong Royong Perdana SK Pekan Nanas

Aktiviti Terkini | 27 April 2019

Program anjuran SK Pekan Nanas yang diadakan setiap tahun. Pusat Internet(PI) Pekan Nanas dijemput memberikan pendedahan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkaitan Jenayah Siber. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus PI Desa Paya Mengkuang Nurul Iffah Abu Bakar... baca selanjutnya

‘International Earth Day’

Aktiviti Terkini | 20 April 2019

Sambutan Hari Bumi diraikan pada bulan April setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Pertubuhan Unit Teknikal Integriti Hijrah (PUTIH) telah terlibat sebagai penganjur program... baca selanjutnya

Kursus Asas Kepimpinan & Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 1 Mac 2019

Program anjuran bersama Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Pontian. Program dilakukan dalam 2 sesi. 8.00 am hingga 12.00pm dan 2.00pm hingga 5.00pm... baca selanjutnya

Anugerah Pengiktirafan Pengekalan Kepulihan Klien Dalam Komuniti

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2019

Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada peserta untuk memupuk nilai positif dalam diri mereka akan manfaat menjadi ahli sukarelawan untuk meneruskan kepulihan... baca selanjutnya

Sambutan Maulidur Rasul Masjid Ayer Baloi Pontian

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2019

Program anjuran Masjid Ayer Baloi bersama-sama khariah masjid bagi menyambut Maulidur Rasul majlis tahunan. Program yang dianjuran Perarakan, Ceramah dan jamuan makan... baca selanjutnya