Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pekan Nenas di daerah Pontian terletak 43 kilometer dari pusat bandar Johor Bharu, Johor. Terdapat beberapa kemajuan dari segi infrastruktur yang terdapat di Pekan Nenas. Antaranya ialah jalan raya yang baik. Terdapat juga pasar minggu yang menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan seharian yang dijual pada harga yang berpatutan.

Pembangunan Pekan Nenas selari dengan arus globalisasi. Banyak kilang-kilang didirikan di Pekan Nenas bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara kilang yang didirikan ialah Shimano, Mastersofa, kilang memproses dan mengetin nenas dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tanaman kontan dan komersial yang ditanam di Pekan Nenas. Antaranya ialah Nenas, Kopi, Koko, Pisang dan Keladi.

Di Pekan Nenas juga terdapat pusat pelancongan iaitu Air Terjun Gunung Pulai yang mana amat terkenal di negeri Johor kerana kejernihan dan pemandangan yang indah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROJEK URBAN FARMING TANAMAN FERTIGASI CILI PADI

Aktiviti Terkini | 6 DISEMBER 2020

Projek ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti taman (bandar) bertani dan menjana pendapatan sampingan. Pertanian moden (fertigasi cili padi). ...baca selanjutnya

PROGRAM MAULIDUR RASUL MASJID JAMEK AYER BALOI

Aktiviti Terkini | 7 November 2020

Membina nilai-nilai murni dan rohani dengan penyampaian ceramah agama....baca selanjutnya

KELAS MICROBIT BERSAMA PUSAT INTERNET PEKAN NANAS

Aktiviti Terkini | 2 & 3 Oktober 2020

Pengenalan Pengajaran Pengaturcaraan bagi Tahun 4 iaitu Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)...baca selanjutnya

MIV BERSAMA KOMUNITI 2020 MALAYSIA ICT VOLUNTEER

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Untuk membangunkan warga digital yang kompeten & cekap yang berupaya untuk membangunkan dan membina aplikasi & perkhidmatan ICT....baca selanjutnya

Bengkel Kemahiran Youtube & Komuniti Sinema 2020

Aktiviti Terkini |9 & 10 Ogos 2020

Memberi dan berkongsi ilmu kemahiran Youtube bersama pakar kepada komuniti yang mana medium ini merupakan “trend” masa kini....baca selanjutnya

MALAYSIA 1ST ONLINE SAFETY

Aktiviti Terkini |17 Julai 2020

Memberi pendedahan kepada staf Pusat Internet berkaitan Panduan Pencegahan Kebakaran dan cara serta menunjukkan alat yang sesuai untuk digunakan sekiranya terlibat atau menjadi mangsa kebakaran...baca selanjutnya

FOREST BATHING TRACKING

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2020

Untuk Rakaman Menarik Di Pontian....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

‘TAKLIMAT PERLINDUNGAN DATA PERIBADI’

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2020

Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna internet....baca selanjutnya

‘SANTUNI IBU TUNGGAL’

Aktiviti Terkini |18 Januari 2020

Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan ibu-ibu tunggal seramai 20 orang dikawasan tersebut....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti