Program Chef Cilik

1 Mac 2018 | Khamis
9.00 pagi - 12.00 tengahari | Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas, Johor

Tujuan:
1. Mendidik pelajar-pelajar ilmu baru iaitu kemahiran memasak iaitu luar daripada apa yang dipelajari di sekolah. Ilmu ini dapat menambahkan pengetahuan baru dan boleh dipraktikan oleh setiap pelajar.
2. Memperkenakan PI1M kepada pelajar-pelajar dan warga sekolah yang mana masih belum mengetahui tujuan PI1M ditubuhkan.
3. Memupuk sifat tolong-menolong dalam kalangan pelajar semasa aktiviti di jalankan.

Kelebihan:
1. PI1M Pekan Nanas akan semakin dikenali melalui promosi laman sosial dan promosi daripada pihak sekolah.
2. Pelajar-pelajar dapat mendalami ilmu baru dan kemahiran baru(memasak).

Penglibatan:
- Para pelajar.
- Guru GPK Hal Ehwal Murid SK Pekan Nanas.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program chef cilik anjuran bersama tisha’s food usahwan PI1M pekan nanas. Murid-murid diajar memasak menu sarapan ringkas dengan menggunakan produk pratha tisha’s food – produk yang diajar ialah pizza tisha’s dan pocket coklat. Setiap murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli dan diadili oleh pihak PI1M dan guru-guru.

Aktiviti Berkaitan:
Usahawan PI1M Pn Ida Azura Bt Ramli bekerjasama dengan PI1M bagi melaksanakan program chef cilik ini. Program ini akan diteruskan ke beberapa buah sekolah tadika di kawasan Pekan Nanas dan akan ada peringkat akhir pada bulan Julai(cadangan) nanti.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama