Hari Sukan Negara

13 Oktober 2018 | Sabtu
7.00 pagi – 5.00 petang | Mini RTC Kampung Melayu Raya, Johor

Tujuan:
• 1. Mendidik komuniti setempat supaya mementingkan kesihatan dengan melibatkan diri dengan aktiviti sukan seperti larian dan permainan sukan rakyat.
• 2. Memperkenakan PI kepada penduduk setempat dan menjalinkan hubungan baik bagi memudahkan kerjasama untuk program-program akan datang.
• 3. Memupuk sifat tolong-menolong dalam kalangan penduduk setempat dan murid-muid tadika KEMAS iaitu dengan sama-sama membantu dalam menjayakan program supaya berjalan dengan lancar.

Kelebihan:
• 1. PI Pekan Nanas semakin dikenali dan penduduk setempat mengetahui kewujudan dan perkhidmatan yang diberikan oleh Pi Pekan Nanas.
• 2. Mengeratkan silaturahim dalam kalangan petugas-petugas Mini RTC Kg Melayu Raya dan Tadika Kemas Kg Melayu Raya dan boleh bekerjasama lagi dalam aktiviti-aktiviti akan datang yang akan dianjurkan kelak.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Aktiviti Berkaitan:
Program Hari Sukan Negara, anjuran Tadika Kemas Kg Melayu Raya dan Mini Rtc Kg Melayu Raya. Antara program yang diadakan ialah Fun Run and Walk, Permainan sukan rakyat, permainan sukaneka, cabutan bertuah, jamuan dan penyampaian hadiah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:









Kembali ke halaman utama