AKTIVITI BERSAMA KOMUNITI : PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI BERSAMA YAYASAN BUAH PINGGANG KEBANGSAAN MALAYSIA (NKF).

Aktiviti terkini | 17 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gelang Patah


Nama VIP :
• Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
• Wakil Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional

Ringkasan Aktiviti :
Program ini adalah anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gelang Patah bersama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) yang dipanggil Hari Kesihatan Komuniti. Aktivit yang dilaksanakan adalah pemeriksaan kesihatan dan penerangan akan penjagaan kesihatan buah pinggang. Program ini juga terdapat aktitviti lain bagi memeriahkan program seperti sukaneka, ruang jualan dan cabutan bertuah dengan tujuan memeriahkan dan suai kenal bersama komuniti setempat.

Tujuan :
• Sesi Penerangan penjagaan Kesihatan Buah Pinggan dan penjagaan makanan sihat.
• Memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
• Memupuk lebih ramai komuniti lebih cakna akan keadaan kesihatan diri.
• Sesi pemakluman kepada komuniti akan keberadaan dan fungsi PEDi kepada komuniti setempat.
• Sesi ramah mesra dan suai kenal petugas PEDi bersama Komuniti setempat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Disertai komuniti Gelang Patah.
• Kerjasama bersama Pihak PEDi Gelang Patah, Pekan Nanas & Desa Paya Mengkuang.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Memberikan pemakluman akan cara penjagaan kesihatan diri dan buah pinggang.
• Melahirkan lebih ramai komuniti lebih cakna akan kesihatan diri dan cara penjagaan kesihatan.
• Mewujudkan lebih ramai dari kalangn komuniti mengetahui dan mengambil cakna dalam ilmu pembelajaran pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :