Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pekan Nenas di daerah Pontian terletak 43 kilometer dari pusat bandar Johor Bharu, Johor. Terdapat beberapa kemajuan dari segi infrastruktur yang terdapat di Pekan Nenas. Antaranya ialah jalan raya yang baik. Terdapat juga pasar minggu yang menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan seharian yang dijual pada harga yang berpatutan.

Pembangunan Pekan Nenas selari dengan arus globalisasi. Banyak kilang-kilang didirikan di Pekan Nenas bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara kilang yang didirikan ialah Shimano, Mastersofa, kilang memproses dan mengetin nenas dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tanaman kontan dan komersial yang ditanam di Pekan Nenas. Antaranya ialah Nenas, Kopi, Koko, Pisang dan Keladi.

Di Pekan Nenas juga terdapat pusat pelancongan iaitu Air Terjun Gunung Pulai yang mana amat terkenal di negeri Johor kerana kejernihan dan pemandangan yang indah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


BENGKEL KELAS ASAS MICROSOFT EXCEL BERSAMA GURU SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PEKAN NANAS

Aktiviti Terkini | 17 & 24 Mac 2021

Mengadakan jalilan hubungan baik secara mengadakan program dan pembelajaran asas Microsoft excel..........baca selanjutnya

LAWATAN TAPAK TANAMAN FERTIGASI KRT TAMAN UTAMA PEKAN NANAS (HASIL PROGRAM FERTIGASI)

Aktiviti Terkini | 7 Mac 2021

Lawatan melihat kembali program yang seblum ini dikendalikan dan melihat hasil dari penanaman. Lawatan ini juga memberikan cadangan pada pihak KRT Taman Utama untuk cara pemasaran secara online yang akan diberikan bimbingan dari Pihak PIK Pekan Nanas.........baca selanjutnya

SESI PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI PEJABAT TANAH PONTIAN

Aktiviti Terkini | 3 Mac 2021

Sesi perjumpaan adalah untuk suai kenal dan memaklumkan kepada pihak Pejabat Tanah Pontian akan keberadaan Pusat Internet Komuniti Pekan Nanas sedia untuk memberikan pendedah pada komuniti tentang makluman berkaitan pejabat tanah melalui cara ICT dan hebahan IT........baca selanjutnya

SESI PERJUMPAAN BERSAMA PENGHULU PEKAN NANAS

Aktiviti Terkini | 2 Mac 2021

Sesi perjumpaan adalah untuk suai kenal dan memaklumkan kepada pihak Penghulu Pekan Nanas akan keberadaan Pusat Internet Komuniti Pekan Nanas sedia untuk memberikan pendedah pada komuniti tentang makluman dan pengetahuan ICT pada semua Komuniti Pekan Nanas.......baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN DAN CELIK IT.

Aktiviti Terkini | 16-28 Februari 2021

Memberikan pendedahan akan asas ICT dalam perniagaan. Pembelajaran menggunakan applikasi yang boleh membantu usahawan dalam dunia digital......baca selanjutnya

KELAS PEMBELAJARAN ASAS KOMPUTER DAN PENGGUNAAN APPLIKASI INTERNET

Aktiviti Terkini | 6,7,11 Februari 2021

Mempelajari asas penggunaan komputer dan penggunaan applikasi di internet . (Pendaftaran Bantuan Rakyat Prihatin dan Pendaftaran SSM).....baca selanjutnya

KELAS ONLINE JOMTUISYEN! SPM 2020

Aktiviti Terkini | 2-21 Februari 2021

Memberikan pembelajaran tambahan dan latihan serta persediaan pada pelajar-pelajar SPM 2020. .....baca selanjutnya

KELAS ONLINE ZERO TO HERO (ASAS PHOTOHOP)

Aktiviti Terkini | 4 Februari 2021

Mempelajari asas penggunaan applikasi Photoshop. Untuk penambahan pengetahuan kemahiran dalam ilmu multimedia ICT.....baca selanjutnya

LIVE BERSAMA PROJEK 1 RAKAN 1 TAMAN

Aktiviti Terkini | 3 Januari 2021

Projek ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti taman (bandar) bertani dan menjana pendapatan sampingan. Pertanian moden (fertigasi cili padi). ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti